Mar 17, 2009

PPSMI...Bukan isu kecil!

bismillah,

Kenapa kita masih perlu meneruskan benda yang sudah sedia tampak jelas akan keburukan dan kelemahannya yang mana ia tidak sikit berkurangan, malah semakin tidak menampakkan hasil yang diimpi-impikan selama ini..

Kenapa? Ia bukanlah isu kecil!

Kajian yang dilakukan oleh mereka yang telah bersusah payah menyimpan rasa marah, kecewa, dan bimbang akan nasib generasi masa depan, akhirnya dilontarkan jua bersama dengan segala isi-isi yang terbuku di dada mereka setelah disimpan enam tahun lamanya. Meneliti dan menyelongkar kesan-kesan hasil pemikiran singkat sesetengah pihak membuktikan keazaman dan ketabahan yang jitu dalam diri mereka. Kajian ini juga jelas dalam menyatakan bangsa kita belum bersedia untuk menerima satu perubahan yang drastik ini.

Saya akui, bangsa kita sememangnya lemah dengan bahasa asing ini. Buktinya, walaupun saya telah berada di negara asing lebih dari 2 tahun lamanya, sehingga kini saya sendiri tidak mampu lagi untuk menguasai bahasa asing yang satu ini dengan sepenuhnya.

Bermain di fikiran saya akan sebab yang menjadikan kita agak kurang dalam menguasai bahasa asing ini jika dibandingkan dengan bangsa lain. Mungkin antara yang dapat disimpulkan ialah perubahan sikap dan mentaliti sesetengah dari kita yang menyekat diri kita sendiri untuk bernaung bebas di mata dunia.

Bukan saya untuk perbahaskan tentang sikap dan mentaliti bangsa kita kerana lebih ada mereka yang arif dan pakar dalam membicarakan perkara ini. Apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah, seharusnya pihak berwajib mengembalikan semula kedudukan dan martabat bahasa Melayu itu kepada keadaan sedia kalanya. Baiklah, secara keseluruhannya saya amat bersetuju dengan komentar yang diberikan oleh salah seorang sahabat saya di lamannya.

Sememangnya usaha yang dijalankan pihak berwajib adalah tidak lain untuk membantu bangsa kita secara khususnya. Akan tetapi, usaha yang tiada kepada penelitian dan perancangan yang rapi akan membawa kepada kemusnahan yang besar. Biarpun ia adalah kesilapan yang kecil. Sedarkah kita bahawasanya, kita seakan terlalu mendesak kepada sesuatu perubahan yang positif tanpa memikirkan kesan jangka panjangnya. Lihat sendiri apa yang sudah berlaku di mana-mana sekolah. Kebanyakan pelajar sudah mulai berkurangan minat mereka terhadap sains dan matematik. Jika kita inginkan satu perubahan, seharusnya modal, perancangan, dan usahanya, mestilah berkadaran sempurna dengan apa yang kita inginkan.

Masalah yang asas tidak lagi dibendung. Datang pula perubahan drastik. Sudah tentu yang menjadi mangsanya, bangsa kita! Masakan tidak, sehingga kini rakyat Malaysia tidak putus-putus dengan pelbagai masalah-masalah yang timbul. Sudahlah itu, timbul pula yang ini. Apa ini?
Pekejadahnya???

Mari lihat ulasan dari Sasterawan Negara, A. Samad Said tentang PPSMI ini.


"Dan dalam perhimpunan itu, oleh kerana pemimpin Umno terlalu mengagungkan bahasa Inggeris, adalah lebih baik mereka, dari peringkat atas hingga ke bawah, berbincang dalam bahasa Inggeris," tegas A Samad.

"Dan juga dalam kempen-kempen mereka pada masa akan datang juga, mereka kena gunakan bahasa Inggeris, jangan guna bahasa Melayu. Kalau nak bermesyuarat pun gunalah bahasa Inggeris kerana bahasa dan minda mereka adalah Inggeris," ujar pejuang bahasa itu lagi.

"Apakah hanya untuk mendapat undi dan kuasa, mereka guna bahasa Melayu, tetapi bila dapat kuasa mereka akan membuang bahasa Melayu. Kalau ada kempen-kempen mereka, kita perlu berani jerit kepada mereka, cakaplah bahasa Inggeris," kata A Samad ketika berucap pada program Gema Rakyat, "Isu PPSMI, Kita Pantang Berundur".

Program tersebut diadakan di Dewan Sri Mentaloon, Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, pada malam tadi.

Lihat, jasad yang sudah tua ini lebih mengerti akan pahitnya hempedu, masinnya garam, manisnya madu, lebih lagi dari kita. Dan beliau juga yang selayaknya untuk berbicara soal nasib bangsa berdasarkan pengalaman dan ilmunya yang diperakui ramai.

Mengukuhkan bahasa ibunda perlulah diutamakan terlebih dahulu berbanding bahasa asing. Pepatah berbunyi "Bahasa Jiwa Bangsa" bukan sahaja tersemat dalam minda kita semua, bahkan menjadi buah mulut kita sejak dahulu ia tercipta lagi. Maksudnya jua amat mendalam. Sekiranya kita sendiri tidak mendalami bahasa kita sendiri, maka siapakah kita sebenarnya? Bahasa juga mencerminkan keperibadian individu lantas menjadi kayu ukur kepada budi pekerti seseorang. Dari ungkapan tesebut juga dapat menanamkan sifat sayang dan kasihnya kita kepada bangsa, negara, hatta kepada pimpinan itu sendiri. Lantaran pemeliharaan terhadap kebajikan seseorang, sudah tentu dia akan dihargai. Jasanya dikenang. Namanya disebut orang. Bahkan terpahat sekali namanya di lembaran sejarah.

AllahuAkbar!!

Daripada kita mencari satu kebaikan yang ada, alangkah lebih indah jika perbaiki satu keburukan yang ada.

Teringat satu kisah di mana seorang sahabat apabila acap kali menghadiri kuliyyah anjuran baginda S.A.W. Baginda seringkali menyebutkan bahawa dia adalah ahli syurga. Sehinggakan Umar bin al-Khattab r.a sendiri tidak berpuas hati dan menziarahi ke rumah sahabat tersebut dan bermalam di rumahnya sendiri untuk mengenal pasti akan kelebihan yang dimiliki olehnya. Apakah dia melipat gandakan amalannya? Rata-rata kita mengetahui kisah ini. Sahabat itu tidak melakukan sebarang amalan selain daripada amalan sehariannya yang wajib bagi semua umat islam menunaikannya. Perkara yang mudah dan tidak membebankan sesiapa pun. Apa yang dilakukan sahabat tersebut ialah, beliau sendiri mengikis amalan-amalan yang keji dalam dirinya seperti mengumpat, mengkeji orang lain, dll.

Nah!

Lihat. Jika kita ingin melaksanakan apa-apa yang terbaik dalam diri kita. Seharusnya dikoreksi habis-habisan akan kesediaan kita untuk menerima pembaharuan tersebut. Dengan terhapusnya keburukan, datanglah kebaikan itu dengan sendirinya. Allah itu kan Maha Adil.

Baru-baru ini. Keputusan SPM telah diumumkan. Dan saya amat sedih dengan keputusan beberapa kenalan saya sewaktu di bangku sekolah dulu. Cikgu saya turut menyatakan kebimbangannya terhadap nasib remaja masa kini. Sekiranya remaja kita lemah, sudah tentu negara itu lemah. Sekaligus menafikan ketidakseimbangan dalam pentadbiran dan perlaksanaan sesuatu organisasi itu. Jika salah kata-kata saya ini, mengapa wujudnya puak kiri? Sejarah membuktikan kepada kita akan kumpulan yang dinamakan puak kiri ini seringkali wujud walau di mana sahaja. Bukankah remaja itu tonggak kepada kecemerlangan dan kejayaan sesuatu bangsa. Sepatutnya, kita perlu merasa resah dan bimbang dengan pencapaian kita, semakin menunjukkan angka yang kurang senang untuk dilihat. Mungkin ada yang akan bertanya kepada saya, mana encik tahu? Sahkah maklumat itu? Apa sumbernya? Cari sendiri laa!! Saya nyatakan sedikit. Keputusan SPM tahun 2005 menunjukkan angka yang besar daripada jumlah kesemua calon yang menduduki peperiksaaan mendapat keputusan penuh A! Jika tidak silap angka ketika itu yang mendapat full A's ialah lebih kurang 4,900 calon. Jika lihat pula pada tahun ini. Tidak dinyatakan sebarang angka (setelah merujuk s/k Utusan) keseluruhan calon SPM tahun 2008 yang mendapat full A's. Yang ada hanyalah seperti berikut ;

1) Falsafah Confucious didik anak kembar

2) Keputusan SPM Perlis

3) Tidak segan tanya guru

4) Keputusan SPM Terengganu

5) 24 sekolah lulus *lulus x bermakna kredit kan?

6) MRSM Tun Ghafar

7) Melaka

8) Sabah

9) Anak bekas pelarian

10) Saya nak suami dan ijazah?

11) Nik Nur Madihah

12) SMK Seri Hartamas

aduh..byknye...dah sedozen ni..nk lg ke?

tgok la sdiri..


Berbalik semula kepada isu yang sedang dibincangkan ini. Kesimpulannya ialah, pendirian saya tetap menyatakan keharusan untuk mengembalikan kepada sesuatu itu kepunyaanya.

Sekian,

dah byk sgt kaki repek berleter ni..bosan lak..wat bnda len lak r lps ni..

slm berhemat!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home