Jul 14, 2009

seni kata putus

bismillah,

“Ustaz, ada perempuan minat dengan saya. Puas saya memberitahunya tetapi dia macam tidak faham-faham,” kata seorang anak muda kepada saya.

Kasihan.

Itulah nasibnya menjadi manusia ada rupa, barangkali.

“Anta cakap macam mana kepada perempuan itu?” saya menyoalnya.

“Saya beritahu dia yang saya belum bersedia untuk memikirkan hal ini. Saya baru sahaja menjejakkan kaki ke universiti, tak mahulah pening-pening kepala fikir tentang cinta,” jawabnya. Sugul.

“Hah, rasanya ustaz boleh agak kenapa perempuan itu tidak faham atau buat-buat tidak faham,” saya ketawa kecil.

“Kenapa ustaz?” anak muda itu seperti kaget dengan reaksi saya.

“Sebab anta masih memberikannya harapan. Perkataan anta menolaknya amat samar dan kesamaran itu diterjemahkan sebagai harapan” saya menambah.

Ya.

Itulah akibat-akibat yang timbul daripada perhubungan yang cuba dibuat di luar ikatan perkahwinan. Benda yang asalnya sudah salah, amat sulit untuk diperbetulkan.

Jika ia sebuah perkahwinan, maka komitmen perkahwinan diikat dengan proses ijab dan kabul, tanda menerima perhubungan itu secara sedar dan penuh tanggungjawab. Segala-galanya harus jelas. Apabila perkahwinan tidak lagi dapat dipertahankan, maka kaedah memutuskan ikatan yang telah dibina oleh ijab kabul itu, turut dilakukan dengan ijab kabul yang jelas juga.

Segalanya jelas.

“Aku terima nikahnya,” kata pengantin lelaki.

Ya, hubungan itu ialah sebuah pernikahan. Maka tanggungjawab, kasih sayang dan segala yang timbul tenggelam dalam perkahwinan itu dikendalikan oleh sebuah sistem bernama pernikahan.

Tetapi jika seorang lelaki dan perempuan itu ‘kawan-kawan dulu’, ‘teman tapi mesra’, ‘lebih hangat daripada biasa’ dan entah apa-apa lagi status rekaan seperti ini, atas dasar apakah garis panduan perhubungan itu mahu diuruskan? Melainkan serabutlah jiwa dan raga manusia yang terbabit dengan perhubungan seperti ini, dan ‘tiada Allah untuk membantu mereka’.

Itu soal menerima.

Soal memutuskan hubungan juga sama.

“Aku ceraikan engkau… dengan talak pertama” kata seorang suami.

Ungkapannya jelas. Bahawa ia bernama sebuah penceraian. Pemisahnya adalah talak. Justeru segala tanggungjawab, batas hubungan dan lain-lain, diuruskan oleh sebuah sistem bernama ‘penceraian’.

Tidak sekali-kali sebuah penceraian dibuat dengan ungkapan yang tidak jelas.

Ungkapan, “engkau tiada lagi di dalam hidupku” atau “mulai hari ini kita sudah tidak lagi boleh bersama” atau “pulanglah engkau ke rumah ibumu dan jangan kembali lagi” atau “engkau dan aku seperti anak panah yang sudah meninggalkan busarnya”, semua itu adalah ungkapan-ungkapan kinayah yang menyusahkan. Ia memerlukan kepada penyiasatan dan padanan contoh bagi mencari maksud apakah sang suami itu menceraikan isterinya, atau apa?

Maka permulaan perkahwinan adalah dengan ikatan yang jelas. Penyudah perkahwinan juga adalah dengan kenyataan yang jelas. Tiada samar-samar di dalamnya.

“Habis, apa yang patut saya buat?” tanya anak muda itu dengan wajah yang sudah agak cerah berbanding sebelumnya.

“Berikan perkataan yang jelas kepada perempuan itu” saya memberikannya cadangan.

“Aku ceraikan dikau?” soalnya sambil ketawa.

“Sudah aku terima nikahnya kah? Cuba anta sebutkan perkataan yang jelas. Ustaz nilaikan” saya menyoalnya pula.

“Saya tidak mahu bercinta dengan awak atau dengan sesiapa. Saya takut Allah. Lupakan saya. Lima tahun akan datang, kalau ada jodoh, adalah. Kalau tiada, pun tak mengapa” katanya, mencontohkan sebuah ‘talak’ untuk perhubungan di luar perkahwinan.

“Err… bahagian pertama lulus. Bahagian kedua, tak perlu” saya mengomen.

“Maksud ustaz?” tanya anak muda itu.

“Sebutkan sahaja yang anta takutkan Allah dan tidak mahu terbabit dengan cinta. Full stop. Bab kalau ada jodoh ke tak ada jodoh tu, tak payah sebut” saya menyambung cerita.

“Tapi macam kejam sangat bunyinya nanti, ustaz” kata anak muda itu.

“Ya, apalah sangat kejam pada menolaknya sekarang, berbanding kejamnya pilihan kalian menyertai kemurkaan Allah!” saya cuba menyudahkan perbualan.

“Hmm… I got the point. Thanks ustaz!” beliau tersenyum. Berfikir barangkali.

No sweat… Selamat menduda kerana-Nya” saya menghulurkan salam.

“Lepas buku AKU TERIMA NIKAHNYA, tulislah buku AKU CERAIKAN DIKAU pula, ustaz!” katanya.

Horrornya cadangan anta!” saya ketawa.

“Apalah sangat horror mengajar orang bercerai cara betul, berbanding horror membiarkan kami-kami ini kebingungan dalam kemurkaan Allah!” katanya, meniru ayat saya tadi.

“Amboi, pulang paku buah keras nampak!” saya tersenyum.

“Ustaz juga yang ajar!” jawab beliau, disambut dengan tawa kami semua.

Ya, andai keredhaan Allah yang kalian utamakan, fikir-fikirkanlah mengapa Allah meletakkan jarak pemisah antara kita dan zina seperti Timur dijauhkan dari Barat dengan firman-Nya:

17_32


“Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang amat jahat” [al-Israa' 17: 32]

Mungkin kerana kurangnya teruna tunggal dan anak dara tunggal sebelum mereka berkahwin, menjadi punca membiaknya ibu tunggal dan bapa tunggal selepas mereka berkahwin.

Bala… bala!



kredit khas utk : Us. Hasrizal

May 9, 2009

Islam adalah jalan yg haq

SEORANG pemuda, Isaac Helal Masseha, 25, lengkap berpakaian paderi dengan rantai salib emas tergantung di leher. Dia bersedia menerus­kan perjalanan dari stesen kereta api Alatabah ke Abassiah Mesir yang sungguh memenatkan.

Namun untuk menyambut ulang tahun kelahiran Virgin Mary, digagahkan juga. Isaac bosan menunggu kereta api bergerak ke distinasinya, apatah lagi apabila memikirkan dia hanya akan sampai pada pukul 9.30 malam.

Pandangannya tiba-tiba terhenti pada seorang budak lelaki yang sedang sibuk membahagi-bahagikan buku kepada penum­pang di dalam gerabak kereta api. Buku kecil itu untuk dijual, semua penumpang di dalam gerabak itu dapat, kecuali dirinya.

"Kenapa semua orang dapat tapi saya tidak?" Isaac merungut sendirian. Dia dengan sabar menanti hingga budak Ielaki berusia 11 tahun ini selesai membahagikan buku-buku kecil itu dan memungut duit.

Ketika budak lelaki itu melintas di hadapan, Isaac ber­tanya, "kenapa kamu berikan buku itu kepada semua penumpang tapi saya tidak?"

"Tak boleh. Paderi tidak sesuai baca buku ini," jawab budak itu ringkas. Isaac rasa dirinya cukup hina kerana dikatakan tidak layak untuk memiliki buku kecil itu.

"Apa kata jualkan semua buku itu pada pak cik?" pujuk Isaac. Namun pujukan itu tidak berjaya membuatkan budak itu menyerahkan buku kecil itu.

"Tidak boleh, buku ini tentang Islam," budak itu meng­gelengkan kelapa lalu berlari turun dari gerabak kereta api seperti ketakutan.

Keengganan budak lelaki itu menyebabkan Isaac berang kerana keinginannya untuk melihat sendiri keistimewaan buku itu tidak tercapai. Isaac cuba mengekorinya tapi budak lelaki ini berlari lebih laju dan menyusup di celah-celah orang ramai. Kemarahan memaksa Issac berlari mengejar hingga dia lupa bahawa dirinya adalah paderi. Tapi budak itu terus hilang daripada pandangannya. Issac kembali ke gerabak dan meneruskan perjalanannya ke Abassiah.

Setiba di gereja Mark Cathedral, Al-Abassiah, Isaac terus masuk ke bilik tetamu yang telah disiapkan untuknya. Per­jalanan yang jauh menyebabkannya keletihan, namun pera­saan itu hilang apabila dia terbaca surah Al-Ikhlas di dalam al-Quran yang diletakkan di dalam biliknya. Surah itu dibaca berulan-ulang kali, terasa ada getaran yang menyentap ke seluruh kalbu dan ketenangan yang belum pernah dirasai.

Isaac ulang membaca ayat itu hingga dia mampu meng­ingatinya dan lancar. Surah itu membuatkan hatinya seronok, jiwa tenteram dan fikiran tenang. Dia tidak tahu apa sebenar­nya semua itu.
Sewaktu sedang leka mcmbaca, scorang paderi mengetuk bilik Isaac dan memanggil namanva. Tiba-tiba Issac terkejut dan menyebut, "Hanya Allah yang Esa." Iaitu ayat pertama di dalam surah Al-Ikhlas.
Keesokannya Isaac berangkat ke Alexandria untuk menyempurnakan tanggungjawabnya bagi sambutan ulang tahun kelahiran Virgin Mary pada hari Ahad. Banyak persiapan yang dilakukan di gereja untuk mcnyam­but hari kebesaran itu. Sejurus selesai latihan Isaac mengambil kesempatan untuk masuk ke bilik pengampunan mendengar luahan hati orang yang ber­salah. Kebanyakannya datang meminta ampun daripada paderi kerana mereka percaya hanya paderi yang boleh meng­ampun segala dosa mereka.

Dengan rasa kesal seorang wanita menceritakan segala dosa yang pernah dilakukan sebelurn ini.

"Sudah tiga kali saya melakukan dosa, dan kali ini saya datang agar paderi yang maha suci boleh mengam­punkan saya. Saya berjanji tidak akan melakukan dosa lagi," rayu perempuan itu.

Seperti biasa paderi akan mengang­kat salibnya ke muka pengaku dosa dan mengampunkan dosa. Ketika itu Isaac terdengar di telinga-nya surah Al-lkhlas yang dibacanya, indah sungguh hingga menyebabkan­nya hilang kata-kata.

"Perempuan itu datang kepadaku untuk memohon ampun tapi siapa pula yang akan mengampun dosaku dan menghukumku di hari kiamat nanti," bisik Isaac.

Ketika itu baru Isaac sedar bahawa ada Tuhan yang Maha Agung, Maha Berkuasa daripada segala makhluk di muka bumi ini. "Tuhan yang Esa.

Isaac terus berjumpa dengan bishop untuk bertanya, "Siapa pula akan me­ngampunkan dosa saya."

"Pope," jawab bishop.

"Siapa pula yang akan ampunkan pope," soal Isaac.

Bishop merenung muka Isaac dengan tubuhnva menggeletar kemudian men­jerit, "Kamu ni memang gila dan orang yang melantik kamu pun sama gila!"

Selepas kemarahan itu, Isaac dipen­jarakan di biara Mary Mena di perkam­pungan Al-Nattrun. Dengan mata ter­tutup dia dipukul oleh sekumpulan biarawan. Setiap biarawan memukul Isaac sambil berkata, "Inilah hukuman kepada orang yang menjual agama dan gerejanya!" Seksaan datang dalam pelbagai bentuk namun. Semua itu menyebabkan keyakinannya semakin kuat tentang kebenaran.
Sesuatu yang paling memalukan bagi Isaac ialah nilai moral yang ditunjukkan oleh biarawan. Punggung Isaac dipukul dengan batang penyapu, rujuh kali sehari selama 97 hari. Dia juga dipaksa untuk menjaga babi.Selepas tiga bulan dikurung, mereka membawa Isaac untuk ke sesi kaunse­ling yang dijalankan oleh ketua biara­wan. Sewaktu perjumpaan itu, ketua biarawan menasihati Isaac, "Anakku, sesungguhnya Allah akan memberikan petunjuk kepada siapa yang dikehenda­kinya, bersabarlah dan mohon kepada Allah, hanya Dia yang akan memberi jalan keluar daripada segala kesusahan. Dan akan datangkan bantuan itu dalam pelbagai bentuk yang tidak pernah kita bayangkan." Kata-kata itu menyebab­kan Issac terpegun seketika kerana di dalam Bible tiada ungkapan seindah itu.

Isaac kehairanan mendengar kata­kata nasihat dari ketua biarawan dan Iebih menghairankan lagi apabila kata­kata ini keluar... "Anakku, dengarlah nasihatku, diam dan simpan semua yang kamu percaya sehingga kebenaran muncul. Tidak kira walau berapa lama lagi."

Sehinggalah pada suatu pagi, Isaac mengetuk pintu bilik ketua biarawan untuk mengejutkannya. Perlahan-lahan dia menolak pintu kerana ketukan­nya tidak disahut. Alangkah terkejutnya Isaac apabila melihat lelaki tua berusia 65 tahun yang berjambang putih itu sedang menunaikan solat sama seperti seorang Muslim.

Hati Isaac mula berkata, "Inilah kebenaran yang dicari-cari." Dia ter­paku melihat satu episod cahaya keimanan dan kebenaran telah muncul di dalam biara. Lekas-­lekas dia menutup kembali pintu kerana bimbang orang lain akan melihatnya. Terdengar suara lembut dari dalam, "Anakku simpan rahsia yang kamu lihat itu, semoga Allah memberi pertolong­an kepadamu!"

Beberapa hari kemudian, Issac dibenarkan pulang ke gereja untuk ber­niga tapi bukan ke Suhaaj. Isaac dipindahkan ke gereja di Assiutt. Semua itu tidak membuat­kan dia gembira. Seluruh jiwanya kini masih terlekat pada surah Al-Ikhlas yang dibaca dan semangat ketua biara­wan. Tapi bagaimana hendak berdepan dengan ibu bapa, isteri dan saudara ­mara? Satu lagi, apa harus dilakukan untuk melanggar larangannya keluar dari gereja?

Setahun kemudian...
Satu surat yang mengarahkan Isaac untuk ke Sudan mengetuai misi mengkristiankan takyat Sudan. Pope mengarahkannya mengkristiankan 35 orang penduduk di kawasan pedalaman Sudan.

Dengan tekanan dan beban yang terpaksa dipikul, Isaac lakukan­nva dengan hati yang berbelah bahagi. Sesiapa yang mengaku unruk meme­luk Kristian akan dihadiahkan 35 ribu pound Mesir.

Dengan tawaran duit yang banyak kepada rakyat miskin, mudah bagi Isaac dan kumpulannya mendapatkan 35 orang seperti yang dikehendaki Pope. Mereka dibawa keluar dari Sudan se­bagai pekerja gembala unta dan biri-­biri.

Sewaktu di dalam pelayaran ke Mesir, Isaac meninjau setiap bilik rak­yat Sudan yang baru dikristiankan. Tiba-tiba langkahnya terhenti di bilik 14 apabila melihat Abd Al-Maseeh atau nama Islamnya Muhammad Adam sedang bersolat. Isaac mula ter­fikir bahawa tidak ada apa yang mampu menggugat keimanan Abd Al-Maseeh walaupun ditawarkan dengan duit yang banyak.

Kemusykilan itu membawa Isaac bertanva sendiri, "Abd Al-Nlaseeh, mengapa kamu masih lagi solat walau­pun telah menjadi Kristian?"

"Saya jual tubuh ini kepada tuan untuk mendapatkan duit tapi hati, pe­rasaan, jiwa dan fikiran ini adalah milik Allah yang benar dan kekal. Walau­pun seluruh harta di dunia diletak­kan di depan mata, saya tidak akan menjualkan keimanan ini. Saya bersum­pah tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh-Nya."

Peristiwa itu menjadi penyuluh kepada Isaac untuk mencari jalan kebenaran di dalam Islam. Kepercay­aannya kepada Tuhan yang satu bert­ambah kuat namun bukan satu laluan yang mudah bagi Isaac untuk menukar agamanya kepada Islam. Kerana dia adalah ketua paderi, ketua mubaligh di benua Afrika. Jika dia memilih Islam, pihak gereja akan menentangnva habis-­habisan kerana ia dianggap skandal terbesar bagi mereka.

Berbagai-bagai usaha yang dilaku­kan olch Isaac untuk memeluk Islam dan membuat perrnohonan di Al­Sharkiah, jabatan yang menguruskan untuk masuk Islam. Isaac dihadapkan ke satu jawatankuasa yang terdiri dari­pada empat orang paderi dan tiga ketua biskop.

Mereka mengugut akan merampas semua harta dan duit Isaac jika me­neruskan hasrat untuk memeluk Islam. Semua duit simpanannya di dalam Bank Negara Mesir yang berjumlah empat juta pound, sebuah kedai emas, bengkel membuat barang emas dan sebuah bangunan 11 tingkat semuanya dirampas. Bagi Isaac, tidak ada maknanya lagi semua harta itu berbanding sinar keimanan yang mula menyelinap ke seluruh jiwa. Pihak gereja gagal meng­halang hajatnya untuk meneruskan per­jalanan Islamnya.

Namun itu bukan bermakna usaha untuk menghalangnya berakhir di situ.

Kemudian... abang dan sepupu Isaac membuat satu pakatan untuk mem­bunuhnya. Isaac ditembak semasa di Cairo, namun percubaan itu gagal. Isaac hanya cedera dan sebelah buah ping­gangnya rosak serta terpaksa dibuang.

Tragedi itu membuka satu lembaran baru di dalam hidup Isaac. Cubaan dan dugaan silih berganti namun tidak sedikit pun menggugat keimanan Isaac kepada Islam. Allah masih meman­jangkan nyawanya walaupun terpaksa meneruskan hidup dengan satu buah pinggang.

Saluran kencing dari buah pinggang pun turut rosak dan terpaksa di­bantu dengan mesin. Segala kerumitan bermula, tanpa apa yang tinggal setelah semuanya diambil oleh pihak gereja.

Ditambah pula dengan laporan kesihatan yang menuntutnya untuk membuat pembedahan plastik pel­vis dan melebarkan saluran kencing. Sebanyak 15 pembedahan telah dilaku­kan namun tidak ada satu pun yang berjaya. Akhirnya laporan perubatan mengatakan bahawa semua pembedah­an itu sepatutnya tidak perlu dilaku­kan.

Ibu bapa Isaac tidak dapat menerima langsung kenyataan bahawa anaknya telah memeluk Islam. Mereka meng­ambil keputusan membunuh diri de­ngan membakar hidup-hidup seluruh keluarga.
Setelah segala dugaan yang dilalui, Isaac tetap dengan Allah adalah kekuat­annya. Nur Islam yang menyinari hati Isaac bermula sejak kali pertama ia mem­buat penyelidikan tentang kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. Pengajiannva di dalam bidang teologi banyak menu­kar pandangannya terhadap Islam. Dia dibesarkan di dalam keluarga Kristian Ortodok yang menanamkan kebencian pada Islam dan Muslim.

Dan kerana sinar Islam sudah ber­mula di hati, tidak ada satu pun halang­an, rintangan yang dapat menghalang Isaac daripada terus mendalami Islam. Segala jawatan penting di gereja dise­rahkan padanya dengan hasrat dan kekayaan ditawarkan supaya dia akan terus menutup mulut daripada ber­bicara tentang Islam. Namun itu pun gagal memadam sinar Islam di dalam jiwanya. Hinggalah ke akhirnya dia mengorbankan diri untuk memperta­hankan iman.

Sumber:
Majalah Al-Islam, 09

May 8, 2009

oh exam...!

bismilah,

ke hadrat Ilahi ku panjatkan syukur dan limpahan sayang tanda terima kasih di atas kurniaanNya yg tidak putus2....selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad S.A.W.

ya Allah tuhan sekalian alam,
hambaMu ni mengharapkan belas kasih syg yg tiada tolok bandingnya drMu..kurniakanlah keberkatan dan kenikmatan kpd hambaMu ini.

ya tuhan maha Mengetahui segala yg tersembunyi,
Engkau jua yg mengetahui bahawa betapa hati ni resah dan gelisah, hati ni terasa sempit, akal terasa panas dek tekanan yg menerjah ke pangkal memori ini. Lapangkanlah dada yg sempit, redupkanlah jiwa yg panas, senangkanlah mana yg susah..Wahai tuhan yg maha Luas pemberianNya.

ya Allah yg maha Kuat,
berilah kekuatan kepada hambaMu ini, utk bekerja ke arah yg Kau redhoi..Engkau juga yg mengetahui bahawa hati ini ingin berada di barisan pejuangMu. perkenankanla hati in utk berada di situ ya Allah..Engkau maha perkenan hajat..

erm...exam..oh exam..

sejarah hidup di Jordan mencatatkan sejarah yg amat ketara dalam diriku. sungguh, aku tidak pernah merasai kesusahan belajar, melainkan pada semester ini. sungguh, akalku buntu, otakku letih, ragaku sayu, mataku kuyu, inilah dia meLAYU..hahahaha..pe merepek ni..

berikut adalah senarai subjek2 pd sem ni berserta jadual final exam bg stp exam tersebut ;

*Qawaid Lughawi 2 > 20 Mei 2009 > 1100 - 1300
*Takhrij Hadis > 21 Mei 2009 > 0830 - 1030
*Firaq al-Islamiyah > 23 Mei 2009 > 0830 - 1030
*Muqaranah al-Adyan > 28 Mei 2009 > 0830 - 1030
*Tilawah 2 > 30 Mei 2009 > 0830 - 1030
*Akhlak Du3ah > 1 Jun 2009 > 0830 - 1030

bapak aih!!!!
dah la ssh..dekat2 lak..
aduh...
Ya Allah...aku betul2 mnta dipermudahkan segala urusan ni..

tenang2~

PENGUMUMAN!!!

MULAI DARI TARIKH HARI INI...SAYA TIDAK AKAN ONLINE DAN MELAYARI INTERNET (kecuali perlu) SEHINGGA LAH KE TARIKH 3 JUN 2009. INI BERTUJUAN BAGI MERAIKAN KEPERLUAN SAYA UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR PADA SEMESTER YANG BERTUAH INI!

sekian, terima kasih..

wallahua3lam

Apr 28, 2009

jangan lupa berdoa!

bismillah,

[sedetik sebelum bertolak ke Mu'tah]

banyaknye la bnda2 dlm masa terdekat ni..
dgn examnye, assignment yg menimbunnye, hafazannye, karismanye, keje2 penting lain lg..fuhhh~
erm...mari doa sama2..

ya Allah ya tuhanku,
pada Engkau lah aku sembah, pada Engkau jualah ku mohon pertolongan,
janganlah engkau jadikan aku leka pada duniaMu lalai dgn akhiratMu,
aku hanyalah hambaMu yg mengharap rahmat dan redhoMu,
Engkau jua yg mengetahui isi hati ku ini,
betapa hati ku sempit dlm duniaMu yg luas ini,
betapa kehendakku terbatas pada kesempatan yg tiada,
hatiku sungguh kecamuk,
pasrahku goyah,
imanku lemah,
diriku lesu,
jasadku mati,
Ya Allah, padaMu sajelah aku mengharap,
tiada yg satu melainkanMu,
tiada yg berkuasa selainMu,
Engkau jualah yg berkuasa atas diriku,
oleh itu....
gagahkan la jasadku,
kuatknlah semangatku,
tetapkanlah imanku,
mantapknlah diriku,
dorongilah aku utk mendekatiMu,
sedarkanlah aku dr lena dan nafsu yg tiada henti panahannya,
sememangnya aku hambaMu yg lemah,
jgnlah Kau masukkan aku dlm golongan hambaMu yg lemah,
krn itulah golongan yg Kau murkai,
dan aku turut membencinya,
sungguh!!! aku hanyalah hambaMu....

Apr 23, 2009

sehari sehadis

bismillah,

Daripada Muaz bin Jabal r.a, berkata : " Khabarkan kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku masuk ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka. "


Jawab Nabi SAW : " Sebenarnya engkau telah bertanya suatu pekara yang besar, dan sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta'ala, iaitu : Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. "

Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan, tiangnya dan kemuncaknya? "

Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah . " Sabda baginda : " Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad. "

Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada semua pekara ini ?"

Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah. " Lalu baginda memegang lidahnya seraya berkata : " Awas, jaga ini baik-baik. "

Aku bertanya : " Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata dengannya ? "
Baginda lalu menjawab : " Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka atau batang hidung mereka ke dalam neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka. "

(Riwayat Tirmizi)

Akhlak : Perbahasan dan Kenikmatannya 1

bismillah,

Dalam kehidupan seharian kita seringkali tidak lari daripada permasalahan tabiat, gaya hidup, sosialiti, moraliti, dan lain-lain lagi. Islam, suatu agama yang bukan setakat agama bahkan diertikan lagi sebagai suatu ajaran yang mengajar sistem kehidupan. Sistem kehidupan yang sejahtera dan abadi. Sistem yang mampu membawa kepada kebahagiaan dunia sejagatnya.

Masalah yang saya ingin bawakan kali ini bukanlah suatu masalah sebenarnya, ianya adalah suatu perbincangan yang saya ingin kongsikan dengan para pembaca sekalian. Semester ini yang bermula pada 8 Februari lepas, saya telah mendaftar satu subjek yang diberi nama Akhlak Pendakwah dan Adab-adabnya. Subjek ini memperkenalkan dan menanamkan kefahaman dan kepentingan akhlak yang sepatutnya wujud dalam diri setiap individu muslim. Oleh yang demikian, perbincangan pada kali ini bertujuan perkongsian terhadap apa yang saya perolehi daripada apa yang saya pelajari di bangku menara gading ini.

1) Kefahaman akhlak islam dan perincian-perinciannya.

Tidak mungkin untuk memahami akhlak ini tanpa melihat kepada skop perbincangannya iaitu ;

· Dari segi penentuan ruang lingkup tarbiyah akhlak itu dan medan-medan untuk melaksanakan pendidikan yang mana ia merangkumi nilai akhlak itu kesemuanya.

· Didikan akhlak akan memberi kesan bergantung kepada sejauh mana perhubungan akhlak itu dengan tabiat individu dan juga sejauh mana peranan tarbiyah itu dalam mengadili atau menghukum tabiat individu di mana perkara-perkara ini bertujuan untuk menambahkan kesediaan untuk berakhlak dengan akhlak islam dan berusaha mencapai kesempurnaan seperti yang dikehendaki.

· Secara umumnya, perhubungan antara akhlak dengan tarbiyah itu akan kelihatan melalui unsur-unsur tarbiyah yang dibawa oleh mereka yang melazimi dengan akhlak itu.

Kesemua perkara di atas ini menunjukkan kepada kita keperluan dalam membincangkan tentang kefahaman akhlak itu melalui definisinya daripada bahasa dan juga istilahnya di dalam islam.

Definisi dari segi bahasa ;

Perkataan akhlak ini membawa maksud kepada tabiat, maruah, dan cara hidup. Dalam kamu al-muhit, akhlak diertikan sebagai fitrah. Dan jika dilihat lagi dalam lisan al-arab ; sesungguhnya akhlak itu adalah semulajadi dan hakikatnya ialah akhlak itu adalah sifat yang menggambarkan batin individu itu dan juga dirinya, dan sifat-sifatnya itu serta maksud yang tersirat itu akan tampak jelas pada kedudukan akhlak yang zahirnya. Dan bagi kedua-duanya itu (sifat dan maksud tersirat) ada bentuk yang baik dan juga bentuk yang buruknya.

Daripada maklumat di atas, dapat disimpulkan bahawa erti bagi akhlak itu ialah ;

· Akhlak menunjukkan kepada sifat yang semula jadi dalam fitrah penciptaan diri manusia dalam bentuk yang berterusan.

· Akhlak juga menunjukkan kepada sifat-sifat yang diperolehi dan berubah menjadi kebiasaan dalam kehidupan seperti beragama dan kemudiannya berubah juga menjadi akhlak dan tabiatnya atau dikatakan sebagai tabiat kedua (tabiat asalnya ialah apa yang ada pada diri dia sendiri).

· Akhlak itu ada dua sudut ; diri sendiri dan kehidupan. Maka tidak boleh sesekali mengenepikan kedua-dua sudut ini dalam mendidik anak-anak.

Adapun kefahaman akhlak dari segi istilah para ilmuan, kita akan dapati terdapat perbezaan pendapat yang didasarkan kepada pembentukan yang berbeza. Antaranya, pembentukan masyarakat yang bertamadun.

· Seorang ilmuwan barat (Levy Breel), menyebutkan bahawa pembentukan ini dibina di atas tiga hujah atau makna terhadap perkataan akhlak itu sendiri iaitu;

> Perkataan akhlak membawa maksud kepada satu gagasan fikiran yang mengandungi idea-idea, hukum hakam, amalan-amalan adat dan kebiasaan yang menyambungkan hubungan sesama manusia dan memenuhi keperluan antara satu sama lain. Dan ianya diketahui dan dihadapi sendiri oleh individu-individu terbabit pada masa dan tamadun tertentu.

> Akhlak juga merujuk kepada ilmu yang mengajar sifat luaran seperti mana ilmu semula jadi atau ilmu berkenaan dengan tabiat semula jadi di mana ia dipelajari daripada tabiat itu sendiri. Inilah yang membezakan akhlak dengan ilmu-ilmu lain.

> Akhlak ini juga merujuk kepada ilmu yang memerlukan kepada aplikasi.

Dapatlah difahami bahawa sesiapa yang maju dalam akhlaknya maka akan majulah jua kehidupan kemasyarakatannya. Sebagai contoh, penambahan sifat adil, saling tolong menolong, keamanan, dan ketenangan dan apa-apa yang sewaktu dengannya.

· Selain itu, terdapat juga pembentukan melalui ikutan dan teladan. Ahli falsafah German (Kent) yang menyamakan pembentukan akhlak melalui cara ini dengan ilmu-ilmu keperluan. Maka, akhlak pada pembentukan ini adalah suatu peraturan yang asas dalam membentuk peribadi insan dan ianya didasarkan kepada penggunaan akal semata-mata.

· Terdapat juga pembentukan melalui persekitaran semula jadi. Falsafah barat cuba untuk mencari titik kesimpulan yang menunjukkan prinsip akhlak melalui pembentukan ini dan pada pandangan mereka akhlak adalah sebahagian sudut daripada pembentukan ini dengan mengatakan ianya adalah ilmu semula jadi yang ada dalam diri manusia itu sendiri. Dan Hattsheson mengatakan bahawa sudut ini dibina melalui dua perasaan atau naluri iaitu naluri kesempurnaan dan naluri kebaikan. Maka, akhlak dan cara hidup dibina melalui perasaan sempurna dan baiknya sesuatu perkara itu.

· Akhirnya, agama Islam juga tidak lupa untuk melibatkan diri dalam perbahasan ini dengan membawa satu cara pembentukan yang lain. Ianya dinamakan pembentukan peribadi melalui pendidikan islam. Dan diantara mereka terdapat seorang ilmuwan (Ibn Maskawiyah) yang mengertikan akhlak sebagai ; "Keadaan individu yang menyeru dirinya untuk melakukan sesuatu perbuatan tanpa perlu berfikir dan pendapat." Keadaan ini dibahagikan kepada dua bahagian :

> Antaranya ialah segala apa perkara yang menjadi tabiat, asal datangnya daripada intipati individu terbabit. Sebagai contohnya, manusia mampu menggerakkan perasaan marah. Antara yang lainnya ialah, didapati daripada adat sekeliling dan didikan, berkemungkinan juga ianya daripada prinsip-prinsip berasaskan pandangan dan idea-idea yang kemudiaanya dilakukan berterusan sehingga akhlak itu menjadi miliknya.

> Imam Ghazali pula mengertikan akhlak ini sebagai ; "Akhlak ini ialah satu perkataan yang membawa maksud keadaan dalam diri individu yang tetap padanya untuk melakukan sesuatu perbuatan dengan mudah dan senang tanpa memerlukan kepada pemikiran dan pandangan. Maka, sekirannya keadaan diri seseorang itu semasa melakukan sesuatu perbuatan dan perbuatan itu adalah baik dan terpuji pada sisi akal dan syariat, dinamakan keadaan diri dia itu akhlak yang baik. Sekiranya perbuatan yang dilaksanakan itu adalah buruk dan keji pada akal dan syariat, maka dinamakan keadaan diri dia itu akhlak yang keji.

Dan hakikatnya ialah, akhlak secara umumnya ada yang baik dan ada yang buruk.

Berdasarkan kepada perbincangan berkenaan konsep dan teori-teori yang telah diperbahaskan sebentar tadi, dapatlah disimpulkan bahawa akhlak ialah ;

" Satu perkataan yang membawa maksud kepada prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah yang tersusun dalam pembentukan cara hidup individu yang mana ia ditentukan sendiri berdasarkan wahyu bagi mengatur kehidupan manusia dengan aturan kehidupan yang sempurna. Ianya tidak lain tidak bukan bertujuan untuk membenarkan tujuan di atas kewujudannya (manusia) di atas muka bumi ini dalam bentuk kehidupan yang sempurna."

satu hari satu hadis

bismillah,

Daripada An-Nawwas bin Sim'an r.a, dari Nabi SAW yang bersabda : " Kebajikan itu adalah budi pekerti yang baik. Dan dosa pula adalah apa yang tersimpul di dalam diri engkau dan engkau benci bahawa ia diketahui manusia mengenainya.
(Riwayat Muslim)