Mar 29, 2009

Sambutan Hari Lahir


Bismillah,

Tanggal 31 Mac 2009, genaplah sudah umur saya 21 tahun. Namun, bagi saya sambutan hari lahir ini tidak membawa apa-apa erti sebenarnya. Memang ramai yang mengutarakan pendapat-pendapat mereka berkenaan dengan apa yang dikatakan sambutan hari lahir atau dengan erti kata yang mudahnya, apa ada pada sambutan hari lahir tu?

mari kita melihat apa pendapat mereka ;

1) "Sambut b'day ni kena wat sllu, sbb dpt eratkn kasih syg sesama kita."
2) "Family aku sllu je sambut b'day aku...dah jadi adat pn..x wat x sah bro."

3) "Pe da korg...nk wat pe sambut b'day? nyusahkn je nk kena bg prezent...cm2..nk tu la nk ni la..ngada2..skali yg dh de aweks...pergh..lg pyh..tiap thn kena bg prezent..kalu lupa lak..naya..!!"

4) "Bg aku...xyh sambut lg bagus...dah la bid'ah..nabi x pnah wat lak tu..pstu tmbah dosa lak...cm2 lg....

5) "Ala..sambut je la ala kadar je...x yah riak2 sgt cm owg putih tu..mmg la ssh..skadar nk igt usia dah makin tua..tu je..dunia kata pergi2x..kubur kata mari2x."


Memang banyak lagi kerenah manusia yang boleh dicoretkan di sini. Akan tetapi, cukup sekadar ini sebagai pintasan lalu pandangan asas pemikiran kita terhadap sambutan ini.
Saya menyokong apa yang pernah dikatakan oleh saudara saya Ustaz Fakhrurazi yang sedang menuntut di Universiti Urduniah, Amman. Beliau mengulas ketika itu di satu majlis bagi mengingati junjungan baginda S.A.W pada sebulan yang lalu. Ulasan beliau telah melangkah jauh sehingga masuk kepada bab di mana kita mengingati hari kelahiran kita. Kata beliau :

"Apa salahnya di waktu hari lahir kita, kita mengucapkan terima kasih dan doa sejahtera ke atas ibu kita yang telah bersusah payah melahirkan kita dan membesarkan kita? Bukankah dia lah insan yang selayaknya untuk dibanggakan pada tarikh anda dilahirkan?"
(Secara mafhum sahaja saya datangkan ayat ini)

Tersentak saya lantaran lontaran kalam bermanfaat yang diucapkannya pada ketika itu. Mengapa saya tidak pernah berfikir akan perkara ini? Adakah selama ini saya tidak menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh insan mulia bergelar ibu ini? Sudah terlalu lama beliau berbakti ke atas jasad yang mudah alpa ini. Aduhhh...aku sungguh kesal ibu. Ampunkan segala dosa-dosaku wahai ibu. Tidak ada insan yang perlu aku taat selepas Allah dan Muhammad S.A.W melainkan ibu. Ya Allah, jadikanlah ibuku termasuk di dalam golongan yang engkau redhai..

Begitulah tingginya kedudukan dan martabat wanita di dalam Islam. Tidak ada agama yang meletakkan dasar dalam pergaulan sesama ahli keluarga melainkan Islam ini. Islam menjadikan ketaatan dan kasih kepada ibu itu tiga kali ganda melebihi bapa sendiri. Walaupun bapa bertindak sebagai ketua keluarga, namun si anak tidak boleh sama sekali mendurhakai ibunya.

Wahai bakal-bakal ibu di luar sana, kita telah pun digemparkan dengan peristiwa serangan Bani Israel Laknatullah (melekatlah perkataan hina tu sampai bila-bila..ameen) ke atas Gaza, Palestin. Ambillah pengajaran dan teladan yang telah ditunjukkan oleh ibu-ibu seperti di Gaza itu. Sungguh, mereka telah mengalami sesuatu pengalaman yang berbeza keistimewaannya dari mana-mana ibu di serata dunia ini.

Daripada berkisar tentang hari lahir, sayang pada ibuku yang satu tu, lantas marah pada Bani Israel Laknatullah..lebih baik berhenti merepek..kang berjela2 tulisnya..xder tajuk khas pn...tp..ingatlah selalu bahawa kita di dunia ini tidak lama, makin masuk usia baru makin dekatlah kita kepada panggilanNya.

Moga kalam-kalam merepek ini dapat memberi manfaat pada semua yang membacanya.


Labels:

2 Comments:

Blogger cik santun said...

salam..
pos yg membuat diri tersedar juga..
nak mengarang mesej untuk mak, kul 12 kng hntr..

selamat hari lahir.. semoga dengan meningkatnya umur akan menambahkan amalan, serta memantapkn iman..

March 31, 2009 at 6:36 AM  
Blogger Nik Mohd Na'im said...

wa3alaik salam,
bismillah,

trimas..

moga diri kita semua tergolong dlm golongan yg dikehendakiNya..

ameen...

March 31, 2009 at 1:42 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home