Nov 9, 2008

Permulaan-makrifah ke ta'aruf..?

bismillah..
dengan namaMu aku menulis ya Allah..
permudahkanlah segala yg susah, perluaskanlah segala yang sempit, perindahkanlah segala yang buruk, bersihkanlah hati-hati kami dari segala kekotoran...ya arhamarrohimeen,

bermula kelahiranku, mengenal dunia yang telah Kau bentangkan ia dengan segala nikmat yang Kau limpahkan ia pada mereka yg layak menerimanya..aku bersyukur kepadaMu dengan pemberian ini...aku bermula dengan mengenali kedua-dua hamba yang telah banyak berusaha ke atas kehidupanku sehingga kini..yang telah banyak menabur jasa dan bakti tidak tehingga tingginya, tiada balasan nilainya, tidak mengeluh penatnya, tiada putus asa di bibirnya..tabah dan sabar serta redho dengan kerenah anak-anaknya...Ya Allah...Engkaulah jua yang mengetahui isi hatiku, betapa aku sayangi kedua-dua insan mulia ini..Ampunilah dosaku dan dosa kedua-duanya seperti mana mereka mengasihi aku sejak dari kecil...
selepas itu, Engkau mengenalkanku dengan alam yang maya ini..padanya aku hidup, mencari rezki dan mencari ganjaran yang telah engkau janjikan agar dapatku hidup di dunia yang abadi dengan redhoMu dan rahmatMu..
Engkau mengajarkanku bahawa dunia ini adalah sementara, di akhirat adalah yang kekal, di dunia adalah penjara, di akhirat jua lah syurganya ataupun kebebasannya...padaMu jua aku memohon dikuatkan qudrat dan dikurniakan pertolongan untuk hidup di sini..
Sungguh!! aku mengakui, bukanlah senang untuk menjadi seorang khalifah seperti yang telah engkau pikulkan ke atas bahuku ini..tetapi, engkau tidak meninggalkan aku dengan begitu sahaja...sebaliknya engkau telah datangkan padaku akal, ilmu, petunjuk, jalan, malahan Kau juga telah mengutuskan utusanMu Muhammad S.A.W. sebagai pembawa atau perantaraanMu terhadap diriku yang kerdil ini.
aku telah pun berkenal akan hakikat dunia kosong ciptaanMu ini...hakikatnya tiada apa-apa melainkan tempat untuk beribadah dan menegakkan apa-apa yang telah Engkau amanahkan pada kami semua..
yA Allah..aku telah mengenali apa itu syaitan, nafsu, keinginan dan segala yang sekutu dengannya.dengannya jua aku diuji, digoda, dan dinilai setakat mana kemampuanku bahkan setakat mana kepercayaan yang telah aku beri kepada Kau..dengan perkara-perkara inilah aku belajar untuk bersabar, jika tiada nafsu, maka aku adalah malaikat, jika tiada akal, maka aku adalah haiwan...
yA Allah...aku bersyukur dan aku redho atas segala ketentuan yang telah ko tetapkan padaku ini...tsegala pujian yang tidak terhingga aku panjatkan padaMu...Engkaulah yang berhak dan selayaknya disembah...tiada tuhan melainkan Engkau...dan nabi Muhammad itu adalah pesuruh Engkau..

Labels: