Dec 31, 2008

Kontrak Sosial

DEFINISI :
Kontrak sosial ialah satu bentuk pakatan atau persetujuan untuk mencapai sesuatu maksud atau tujuan antara 2 pihak atau lebih sama ada secara bertulis atau lisan.
Di Malaysia, kontrak sosial wujud di antara orang Melayu dengan orang Cina serta India yang pada hari ini merangkumi Melayu dan Bumiputera Sabah/Sarawak.

TUJUAN :
i) ianya bertujuan untuk menyelesaikan perbezaan kepentingan diri atau kelompok masing - masing.
ii) memastikan kepentingan majoriti dan minoriti di ambil kira tanpa menjejaskan hak dan kepentingan masing-masing.
iii) memastikan persetujuan yang dicapai kekal dan diwarisi turun-temurun kerana persetujuan dianggap memenuhi kepentingan yang berpanjangan.
iv) memastikan setiap pihak yang bersetuju mematuhi dan menyampaikan kepada generasi seterusnya agar ia tidak bercanggah di masa depan.

Isi Kandungan Kontrak Sosial di Malaysia.
i) Orang Melayu menerima dan mengiktiraf orang Cina dan India sebagai warganegara.
(Berasaskan prinsip Jus Soli).
ii) Orang Cina dan India mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa persekutuan.
iii) Orang Cina dan India mengiktiraf agama Islam sebagai agama persekutuan.
iv) Orang Cina dan India mengiktiraf kedaulatan Raja - Raja Melayu.
v) Orang Cina dan India mengiktiraf Hak keistimewaan orang Melayu.

terjemahan syair imam syafie

Bukanlah tinggal tetap itu
rehat bagi orang yang berakal dan berbudi

maka tinggalkanlah desa halamanmu
dan pergilah mengembara
merantaulah
pasti kau akan temui pengganti
merekayang kau tinggalkan

dan berusaha keraslah
sesungguhnya kemanisan hidup
hanya ada dalam usaha
yang bersungguh-sungguh

sesungguhnya aku melihat air
menjadi cemar kerana tidak mengalir
andai ia mengalir
pasti elok keadaannya
dan andai ia bertakung
nescaya cemar jadinya

Labels:

doa'

semmgnye adakala kita memikirkan doa2 kita.."knp ye tidak dimustajabkan?""tidak cukup byk ke kita berdoa?""dah penat nih..tp..ttp x nmpk pn hasilnya..?""knp? bagaimana? dan knp...? knp...?"

bertenang sejenak terlebih dahulu..
mari kita semak terlebih dahulu ttg peranan n tanggungjawab kita kepadaNya..sedarkah kita bahawasanya kita ini adalah hamba kepadaNya semata-mata..kita ini memerlukan @ berhajat kepada kekuasaanNya dan pemberianNya..betul x?

tp..adakah kita telah pun melaksanakan segala tuntutanNya terhadap kita?....ataupun,adakah kita telah BERUSAHA melaksanakan segala tuntutanNya..?

dlm ayat Qursi..Allah menyebut..."..tiada siapa yg dpt memberi syafaat kecuali dgn izinNya.."

dlm surah yg sama ayat 216 (sila rujuk)
."..boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu.."

satu lg ayat yg menarik utk kita sama2 perhatikan ialah..
dlm surah al-hadid ayat 23 (sila rujuk)
."supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri"

cukup utk itu..mari kita membuat kesimpulan terhadap terjemahan bg 3 ayat suci ini..

apa maksudnya..?

Bukanlah Allah itu tidak memustajabkan doa2 hambaNya..tp..Dia lg berhak utk memilih apa2 yg terbaik utk diri kita ini...manusia ini diciptakan serba kekurangan dr segi sifatnya jika dibandingkan dgn makhluk2 Allah yg lain spt malaikat,jin, n haiwan..tp..Dia ttp maha Adil dgn menganugerahkan perkara yg istimewa kepada kita..
pandangan kita walau bagaimana hebat sekali pun..tetap tidak sama dgn pandangan Allah..tuhan yg menciptakan kita..oleh itu, segala apa yg kita hajatkan dan segala apa yg kita terima adalah ketentuan dr Allah semata-mata...

terdapat juga pendapat ulama yg menyebut ttg muahasabah diri n perbaiki diri kita sebelum kita bermohon apa2 terhadapNya..perkara ini tidak dapat disangkal lg..

krn firman Allah dlm surah adz-zariyyat ayat 56 (sila rujuk)."tidak aku jadikan jin dan manusia ini melainkan hanyalah beribadah kepadaKu semata-mata"

akan tetapi..

firman Allah lg..dlm surah ghafir ayat 60(sila rujuk)..bukanlah bermaksud Allah tidak menepati janji atau kata2Nya sendiri...wal3iyazubillah..

(p/s : fahaman sebegini adalah salah dan boleh mengundang syirik..hati2lah)

tp..ia membawa maksud bahawa Allah memustajabkan semua doa hamba2Nya..dan..Allah lebih berhak memilih apa2 yg sesuai utk hamba2Nya..jika perkara yg dihajati tidak berlaku..maka, doa (ia dikira sbg amal soleh, dan tiap2 amal soleh itu akan menjadi syafaat utk kita) akan dibawa manfaatnya di hari akhirat kelak..jadi..x usahlah kita risau @ khuatir..setap doa kia pasti diterima olehNya..

yg penting...kita tidak berputus asa terhadap rahmatnya..
sila lihat surah az-Zumar ayat 53...(sila rujuk)

sama2lah kita berdoa dan berusaha utk mencapai redho dan kasih Nya..
salam ukhwah kpd sume..
kalau psl jodoh ni sila tgok surah at-tahrim ayat 5..ada pengajaran yg kita boleh ambil..jgn putus asa ya kawan2...!

Labels: