Mar 29, 2009

Sambutan Hari Lahir


Bismillah,

Tanggal 31 Mac 2009, genaplah sudah umur saya 21 tahun. Namun, bagi saya sambutan hari lahir ini tidak membawa apa-apa erti sebenarnya. Memang ramai yang mengutarakan pendapat-pendapat mereka berkenaan dengan apa yang dikatakan sambutan hari lahir atau dengan erti kata yang mudahnya, apa ada pada sambutan hari lahir tu?

mari kita melihat apa pendapat mereka ;

1) "Sambut b'day ni kena wat sllu, sbb dpt eratkn kasih syg sesama kita."
2) "Family aku sllu je sambut b'day aku...dah jadi adat pn..x wat x sah bro."

3) "Pe da korg...nk wat pe sambut b'day? nyusahkn je nk kena bg prezent...cm2..nk tu la nk ni la..ngada2..skali yg dh de aweks...pergh..lg pyh..tiap thn kena bg prezent..kalu lupa lak..naya..!!"

4) "Bg aku...xyh sambut lg bagus...dah la bid'ah..nabi x pnah wat lak tu..pstu tmbah dosa lak...cm2 lg....

5) "Ala..sambut je la ala kadar je...x yah riak2 sgt cm owg putih tu..mmg la ssh..skadar nk igt usia dah makin tua..tu je..dunia kata pergi2x..kubur kata mari2x."


Memang banyak lagi kerenah manusia yang boleh dicoretkan di sini. Akan tetapi, cukup sekadar ini sebagai pintasan lalu pandangan asas pemikiran kita terhadap sambutan ini.
Saya menyokong apa yang pernah dikatakan oleh saudara saya Ustaz Fakhrurazi yang sedang menuntut di Universiti Urduniah, Amman. Beliau mengulas ketika itu di satu majlis bagi mengingati junjungan baginda S.A.W pada sebulan yang lalu. Ulasan beliau telah melangkah jauh sehingga masuk kepada bab di mana kita mengingati hari kelahiran kita. Kata beliau :

"Apa salahnya di waktu hari lahir kita, kita mengucapkan terima kasih dan doa sejahtera ke atas ibu kita yang telah bersusah payah melahirkan kita dan membesarkan kita? Bukankah dia lah insan yang selayaknya untuk dibanggakan pada tarikh anda dilahirkan?"
(Secara mafhum sahaja saya datangkan ayat ini)

Tersentak saya lantaran lontaran kalam bermanfaat yang diucapkannya pada ketika itu. Mengapa saya tidak pernah berfikir akan perkara ini? Adakah selama ini saya tidak menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh insan mulia bergelar ibu ini? Sudah terlalu lama beliau berbakti ke atas jasad yang mudah alpa ini. Aduhhh...aku sungguh kesal ibu. Ampunkan segala dosa-dosaku wahai ibu. Tidak ada insan yang perlu aku taat selepas Allah dan Muhammad S.A.W melainkan ibu. Ya Allah, jadikanlah ibuku termasuk di dalam golongan yang engkau redhai..

Begitulah tingginya kedudukan dan martabat wanita di dalam Islam. Tidak ada agama yang meletakkan dasar dalam pergaulan sesama ahli keluarga melainkan Islam ini. Islam menjadikan ketaatan dan kasih kepada ibu itu tiga kali ganda melebihi bapa sendiri. Walaupun bapa bertindak sebagai ketua keluarga, namun si anak tidak boleh sama sekali mendurhakai ibunya.

Wahai bakal-bakal ibu di luar sana, kita telah pun digemparkan dengan peristiwa serangan Bani Israel Laknatullah (melekatlah perkataan hina tu sampai bila-bila..ameen) ke atas Gaza, Palestin. Ambillah pengajaran dan teladan yang telah ditunjukkan oleh ibu-ibu seperti di Gaza itu. Sungguh, mereka telah mengalami sesuatu pengalaman yang berbeza keistimewaannya dari mana-mana ibu di serata dunia ini.

Daripada berkisar tentang hari lahir, sayang pada ibuku yang satu tu, lantas marah pada Bani Israel Laknatullah..lebih baik berhenti merepek..kang berjela2 tulisnya..xder tajuk khas pn...tp..ingatlah selalu bahawa kita di dunia ini tidak lama, makin masuk usia baru makin dekatlah kita kepada panggilanNya.

Moga kalam-kalam merepek ini dapat memberi manfaat pada semua yang membacanya.


Labels:

Mar 18, 2009

Life in Zimbabwe

bismillah,

Beginilah kehidupan terkini di Zimbabwe.
Di kala kita sedang seronok menikmati hidangan makanan yang pelbagai, mereka di sana berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan sekeping roti yang disantap bersama helaan kepenatan. Perkara ini sedang melanda Zimbabwe dengan dahsyatnya. Dan video ini disiarkan kepada umum sedunia pada 9 Mac 2009.

"They don't accept money, they want only a gold for a bread."

Mar 17, 2009

beringat agar tidak lupa

bismillah,

Ceritakan kepada semua,
Sebarkanlah poster ini,
Moga usaha yang kecil ini mendapat ganjaran yang dijanjikan olehNya.
ameen..

PPSMI...Bukan isu kecil!

bismillah,

Kenapa kita masih perlu meneruskan benda yang sudah sedia tampak jelas akan keburukan dan kelemahannya yang mana ia tidak sikit berkurangan, malah semakin tidak menampakkan hasil yang diimpi-impikan selama ini..

Kenapa? Ia bukanlah isu kecil!

Kajian yang dilakukan oleh mereka yang telah bersusah payah menyimpan rasa marah, kecewa, dan bimbang akan nasib generasi masa depan, akhirnya dilontarkan jua bersama dengan segala isi-isi yang terbuku di dada mereka setelah disimpan enam tahun lamanya. Meneliti dan menyelongkar kesan-kesan hasil pemikiran singkat sesetengah pihak membuktikan keazaman dan ketabahan yang jitu dalam diri mereka. Kajian ini juga jelas dalam menyatakan bangsa kita belum bersedia untuk menerima satu perubahan yang drastik ini.

Saya akui, bangsa kita sememangnya lemah dengan bahasa asing ini. Buktinya, walaupun saya telah berada di negara asing lebih dari 2 tahun lamanya, sehingga kini saya sendiri tidak mampu lagi untuk menguasai bahasa asing yang satu ini dengan sepenuhnya.

Bermain di fikiran saya akan sebab yang menjadikan kita agak kurang dalam menguasai bahasa asing ini jika dibandingkan dengan bangsa lain. Mungkin antara yang dapat disimpulkan ialah perubahan sikap dan mentaliti sesetengah dari kita yang menyekat diri kita sendiri untuk bernaung bebas di mata dunia.

Bukan saya untuk perbahaskan tentang sikap dan mentaliti bangsa kita kerana lebih ada mereka yang arif dan pakar dalam membicarakan perkara ini. Apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah, seharusnya pihak berwajib mengembalikan semula kedudukan dan martabat bahasa Melayu itu kepada keadaan sedia kalanya. Baiklah, secara keseluruhannya saya amat bersetuju dengan komentar yang diberikan oleh salah seorang sahabat saya di lamannya.

Sememangnya usaha yang dijalankan pihak berwajib adalah tidak lain untuk membantu bangsa kita secara khususnya. Akan tetapi, usaha yang tiada kepada penelitian dan perancangan yang rapi akan membawa kepada kemusnahan yang besar. Biarpun ia adalah kesilapan yang kecil. Sedarkah kita bahawasanya, kita seakan terlalu mendesak kepada sesuatu perubahan yang positif tanpa memikirkan kesan jangka panjangnya. Lihat sendiri apa yang sudah berlaku di mana-mana sekolah. Kebanyakan pelajar sudah mulai berkurangan minat mereka terhadap sains dan matematik. Jika kita inginkan satu perubahan, seharusnya modal, perancangan, dan usahanya, mestilah berkadaran sempurna dengan apa yang kita inginkan.

Masalah yang asas tidak lagi dibendung. Datang pula perubahan drastik. Sudah tentu yang menjadi mangsanya, bangsa kita! Masakan tidak, sehingga kini rakyat Malaysia tidak putus-putus dengan pelbagai masalah-masalah yang timbul. Sudahlah itu, timbul pula yang ini. Apa ini?
Pekejadahnya???

Mari lihat ulasan dari Sasterawan Negara, A. Samad Said tentang PPSMI ini.


"Dan dalam perhimpunan itu, oleh kerana pemimpin Umno terlalu mengagungkan bahasa Inggeris, adalah lebih baik mereka, dari peringkat atas hingga ke bawah, berbincang dalam bahasa Inggeris," tegas A Samad.

"Dan juga dalam kempen-kempen mereka pada masa akan datang juga, mereka kena gunakan bahasa Inggeris, jangan guna bahasa Melayu. Kalau nak bermesyuarat pun gunalah bahasa Inggeris kerana bahasa dan minda mereka adalah Inggeris," ujar pejuang bahasa itu lagi.

"Apakah hanya untuk mendapat undi dan kuasa, mereka guna bahasa Melayu, tetapi bila dapat kuasa mereka akan membuang bahasa Melayu. Kalau ada kempen-kempen mereka, kita perlu berani jerit kepada mereka, cakaplah bahasa Inggeris," kata A Samad ketika berucap pada program Gema Rakyat, "Isu PPSMI, Kita Pantang Berundur".

Program tersebut diadakan di Dewan Sri Mentaloon, Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, pada malam tadi.

Lihat, jasad yang sudah tua ini lebih mengerti akan pahitnya hempedu, masinnya garam, manisnya madu, lebih lagi dari kita. Dan beliau juga yang selayaknya untuk berbicara soal nasib bangsa berdasarkan pengalaman dan ilmunya yang diperakui ramai.

Mengukuhkan bahasa ibunda perlulah diutamakan terlebih dahulu berbanding bahasa asing. Pepatah berbunyi "Bahasa Jiwa Bangsa" bukan sahaja tersemat dalam minda kita semua, bahkan menjadi buah mulut kita sejak dahulu ia tercipta lagi. Maksudnya jua amat mendalam. Sekiranya kita sendiri tidak mendalami bahasa kita sendiri, maka siapakah kita sebenarnya? Bahasa juga mencerminkan keperibadian individu lantas menjadi kayu ukur kepada budi pekerti seseorang. Dari ungkapan tesebut juga dapat menanamkan sifat sayang dan kasihnya kita kepada bangsa, negara, hatta kepada pimpinan itu sendiri. Lantaran pemeliharaan terhadap kebajikan seseorang, sudah tentu dia akan dihargai. Jasanya dikenang. Namanya disebut orang. Bahkan terpahat sekali namanya di lembaran sejarah.

AllahuAkbar!!

Daripada kita mencari satu kebaikan yang ada, alangkah lebih indah jika perbaiki satu keburukan yang ada.

Teringat satu kisah di mana seorang sahabat apabila acap kali menghadiri kuliyyah anjuran baginda S.A.W. Baginda seringkali menyebutkan bahawa dia adalah ahli syurga. Sehinggakan Umar bin al-Khattab r.a sendiri tidak berpuas hati dan menziarahi ke rumah sahabat tersebut dan bermalam di rumahnya sendiri untuk mengenal pasti akan kelebihan yang dimiliki olehnya. Apakah dia melipat gandakan amalannya? Rata-rata kita mengetahui kisah ini. Sahabat itu tidak melakukan sebarang amalan selain daripada amalan sehariannya yang wajib bagi semua umat islam menunaikannya. Perkara yang mudah dan tidak membebankan sesiapa pun. Apa yang dilakukan sahabat tersebut ialah, beliau sendiri mengikis amalan-amalan yang keji dalam dirinya seperti mengumpat, mengkeji orang lain, dll.

Nah!

Lihat. Jika kita ingin melaksanakan apa-apa yang terbaik dalam diri kita. Seharusnya dikoreksi habis-habisan akan kesediaan kita untuk menerima pembaharuan tersebut. Dengan terhapusnya keburukan, datanglah kebaikan itu dengan sendirinya. Allah itu kan Maha Adil.

Baru-baru ini. Keputusan SPM telah diumumkan. Dan saya amat sedih dengan keputusan beberapa kenalan saya sewaktu di bangku sekolah dulu. Cikgu saya turut menyatakan kebimbangannya terhadap nasib remaja masa kini. Sekiranya remaja kita lemah, sudah tentu negara itu lemah. Sekaligus menafikan ketidakseimbangan dalam pentadbiran dan perlaksanaan sesuatu organisasi itu. Jika salah kata-kata saya ini, mengapa wujudnya puak kiri? Sejarah membuktikan kepada kita akan kumpulan yang dinamakan puak kiri ini seringkali wujud walau di mana sahaja. Bukankah remaja itu tonggak kepada kecemerlangan dan kejayaan sesuatu bangsa. Sepatutnya, kita perlu merasa resah dan bimbang dengan pencapaian kita, semakin menunjukkan angka yang kurang senang untuk dilihat. Mungkin ada yang akan bertanya kepada saya, mana encik tahu? Sahkah maklumat itu? Apa sumbernya? Cari sendiri laa!! Saya nyatakan sedikit. Keputusan SPM tahun 2005 menunjukkan angka yang besar daripada jumlah kesemua calon yang menduduki peperiksaaan mendapat keputusan penuh A! Jika tidak silap angka ketika itu yang mendapat full A's ialah lebih kurang 4,900 calon. Jika lihat pula pada tahun ini. Tidak dinyatakan sebarang angka (setelah merujuk s/k Utusan) keseluruhan calon SPM tahun 2008 yang mendapat full A's. Yang ada hanyalah seperti berikut ;

1) Falsafah Confucious didik anak kembar

2) Keputusan SPM Perlis

3) Tidak segan tanya guru

4) Keputusan SPM Terengganu

5) 24 sekolah lulus *lulus x bermakna kredit kan?

6) MRSM Tun Ghafar

7) Melaka

8) Sabah

9) Anak bekas pelarian

10) Saya nak suami dan ijazah?

11) Nik Nur Madihah

12) SMK Seri Hartamas

aduh..byknye...dah sedozen ni..nk lg ke?

tgok la sdiri..


Berbalik semula kepada isu yang sedang dibincangkan ini. Kesimpulannya ialah, pendirian saya tetap menyatakan keharusan untuk mengembalikan kepada sesuatu itu kepunyaanya.

Sekian,

dah byk sgt kaki repek berleter ni..bosan lak..wat bnda len lak r lps ni..

slm berhemat!

nk citer psl pe yea..?

tgh pk tajuk lg...
dah de sket2 buah idea ni..
sabar ye~

Labels:

Mar 13, 2009

jumaat

bismillah,

pe nk merepek ri ni ar..
erm...xde yg penting pun..
bangun pagi...sakit kepala..batuk2x..pergh...keringnya tekak..
aduuhh...demam rupanya ari ni..
dah lama Allah x bg demam ni..
heeee..
ri ni ari jumaat..siap2 la nk gi solat di masjid jamiah yarmouk ni..erm..
kalau la blk msi nnt..mesti rndu gile kat jordan ni..
ada x ke lg peluang nk dtg sini..
ntah la~

bertaqwalah padaNya walau di mana kita berada..
aku sayangkan sume sheikh yg aku menuntut ilmu padanya..erm...
::terkenang mode::

Mar 12, 2009

low-rate voip

bismillah..
pengumuman utk penjualan kredit top-up utk software low-rate voip..
Alhamdulillah sy telah mula menjual kredit top-up ni pd 10/3/2009 baru2 ni..
sedikit pengenalan dr sy berkenaan low-rate ni..

sy telah diperkenalkan ttg sotware ni pada lebey kurang 4 bulan yg lepas oleh sahabat sy di Mafraq, Jordan. Syuq namanya..
software ni sama je function dia dgn evoiz..

cuma bezanya...
kadar panggilan yang ditawarkan oleh voip ni adalah antara yang termurah dr mana2 syarikat yang menawarkan khidmat panggilan sedunia jarak jauh melalui internet.

Pada mulanya, sy mmg x berminat.. sebab merasakan perkara ni cm xder apa2 je makna dlm hidup saya..saya lom lg test bnda ni..
bila dah test..baru terasa panahan dia..bak kata pepatah...x kenal maka x cinta..erm..try la nk
jual bnda ni..

kita dpt call ke tanah air dengan kadar panggilan serendah 1 cent Euro / minit, malah boleh smpi tahap percuma lg..
hehe..cm x caya agaknye kan?
tu la..mula2 x caya gak..mmbernye psl..

khas utk low-rate voip..dia ada menawarkan kepada anda free calling utk setiap panggilan ke mobile selama sebulan pertama dr tarikh top-up tu..sebanyak 180 minit setiap mggu..phm kan cmne..x yah la nk terang..pstu..yg 1 cent Euro td tu..utk tepon umah kat msia setiap minit.maknanya, boleh la kalu nk gayut lama2 ke..khas utk mereka yg kaki gayut dan kaki repek cm sy ni..hehehe....harap2 phm je la dgn penerangan ni erkk..

kelemahannya satu je la (setakat yg tau)..kalu kongsi satu modem...bilangan masa free calling tu..boleh berkurangan..sbb berkongsi sau modem..x tau la..cmne boleh jd cmni..pelik gak??

erm..skrg ni..br je 3 hari jual..so far..Alhamdulillah ok je la..xder ppe je lg mslh yg boleh dilaporkan..hehe..
sy harap..bnda ni adalah manfaatnya yg sy dpt kongsikan bersama dgn rakan2 sekalian..thanks you voip!

slm ceria

erm..wat masa ni...terpaksa break jap..nk wat persediaan sket..
mmg ada byk bnda nk bicara senarnye..
tp..minta2 la kat tuhan ada kelapangan masa dan tempat
utk meluahkan kalam2 yg mufeed utk sume sahabat2 sekalian..
sy akui..kalam2 yg selom ni..
adalah kalam bukan dr sy..
tp..i'Allah..mulai saat ini..
segala pe yg terluah di sini adalah dr saya sendiri..
so..kalu ada gak ppe yg bukan dr saya..akan sy maklumkan..
tanpa membiarkan ianya tertanya2 asal usul kedatangannya
macam selom ni..
ok..
mnta izin mengundur!

Mar 10, 2009

maulid nabi S.A.W.

kita sering di ajak untuk perbahaskan tentang kewajaran menyambut maulid nabi ni..
sedarlah kita semua bahawasanya..di hari yg sama jualah Allah telah mentakdirkan akan kewafatan baginda S.A.W. ...fikirlah sedalam-dalamnya..tidak wajar kita mengajak orang mengingati nabi S.A.W. sekadar pada hari tertentu sahaja, bahkan seharusnya perlulah diingatkan kita agar mengingati nabi Muhammad S.A.W. sentiasa...kerana itulah yang lebih wajar dilakukan selain mengajak orang berselawat kepada baginda hanya pada 20 minit selepas maghrib (sbg cth je la)...selalulah kita berselawat kepada baginda yg senarnye..ingatlah firman Allah..(3;31) Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Ayat ini bukan sahaja menunjukkan kita pada hanya mengingati baginda S.A.W, malah menyeru juga kepada mengingati Allah..janganlah kita menjadikan diri kita ini terlalu taksub terhadap makhluk sehingga menjadikan martabat nabi bukan pada tempat yang sepatutnya seperti yang dilakukan oleh puak2 yg taksub dgn berzanji..sehingga xyah solat pun ada..ada ka patut?
kat ner aku merepek ni??
dah la tu..
bismillah
Ya Allah..
berilah kekuatan dan jua kelapangan masa padaku agar dapat aku melaksanakan kerja2 yg kau redhai di atas muka bumi ini..

Labels: